Sunday 29 July 2012

:: KENALI SKEPTIK AGAMA ::

Pemikiran Skeptik Yang Menyakitkan Umat by web Ustaz Hasrizal ini (saifulislam.com)

August 17th, 2009
“Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?” seorang hadirin ceramah mengkritik.
“Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?” tambah seorang lagi.
Semua naik angin.
Marah dengan Habib Bourguiba.
Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987.  Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.

Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia, berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari bulan Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai.
Alasan Habib Bourguiba senang sahaja, berpuasa mengurangkan produktiviti negara!
SINIS AGAMA
Pandangan Habib Bourguiba itu, jika mahu dikategorikan, ia termasuk di dalam apa yang dinamakan sebagai Religious Skepticism. Pemikiran skeptik atau sinis terhadap agama ini berperingkat.
Ada sinis yang merujuk kepada beberapa aspek di dalam ajaran agama. Seseorang itu mungkin sinis dengan hukum membasuh jilatan anjing dengan tanah. Atau hukum menutup aurat. Mungkin juga soal harta pusaka yang dibahagian dua bahagian kepada pewaris yang lelaki dan satu bahagian kepada pewaris yang perempuan.
Ada juga pemikiran skeptik, ditujukan kepada institusi agama. Misalnya, anti ‘orang masjid’, mungkin juga kepada pihak berkuasa agama seperti JAWI, JAIS, JAKIM dan lain-lain. Tidak lupa dengan alergi mereka kepada parti politik Islam, atau badan-badan yang menjadikan Islam sebagai identiti organisasi mereka.
Peringkat ketiga pula, ialah pemikiran skeptik terhadap keseluruhan ajaran agama. Mereka tidak semestinya anti Tuhan atau atheist namun mereka sinis terhadap semua agama yang dianggap sebagai doktrin yang penuh kecurigaan.
Walau apa pun bentuk Religious Skepticism yang muncul, kesemuanya adalah reaksi. Apabila diertikan sebagai reaksi, tentu ada sesuatu yang berlaku sebagai reaksi kepada kejadian tersebut.

Terkini, ASTRO mendedikasikan saluran 110 sebagai tribute kepada Allahyarham Yasmin Ahmad dengan menyiarkan koleksi filem terbitan atau arahan beliau seperti Sepet dan Gubra.
Jika kita menonton dengan teliti sebarisan filemnya bermula daripada Rabun, kepada Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan terkini Talentime, ada sesuatu yang konsisten di dalam semua sentuhan karya Yasmin Ahmad. Antaranya ialah elemen Religious Skepticism. Penonjolan babak imam yang mesra dengan jiran-jirannya yang pelacur di dalam filem Gubra, hubungan cinta antara seorang gadis Melayu dengan anak muda Cina, malah anjing yang dibelai mesra oleh bilal masjid, semua itu adalah simbol dalam menterjemahkan apa yang dinamakan sebagai pemikiran skeptik terhadap agama.
Oleh kerana Religious Skepticism semakin berleluasa mendominasi pemikiran masyarakat khususnya di dalam kelompok urban, maka hasil karya Yasmin Ahmad semacam menjadi jurucakap untuk meluahkan pandangan ini yang sejak sekian lama tidak mudah untuk diketengahkan ke perhatian massa. Yasmin Ahmad menerima penghormatan dan pengiktirafan yang sungguh luar biasa.
Jika kita bersetuju bahawa Religious Skepticism itu ialah satu bentuk reaksi, maka datang soalan kedua; pemikiran Religious Skepticism yang ada pada Yasmin Ahmad datangnya sebagai reaksi kepada apa? Saya tidak mempunyai sebarang penjelasan kerana saya tidak mengenali beliau secara peribadi.
Namun mungkin beliau menempuh episod hidup yang penuh dengan kejadian, penilaian, hukuman, malah mungkin cemuhan yang menggalakkan skepticism itu semakin meruncing.
SISTERS IN ISLAM
Satu lagi topik yang berkait rapat dengan Religious Skepticism ialah sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sisters in Islam. Pertubuhan ini mempunyai peranan yang signifikan dalam memperjuangan beberapa aspek bersangkutan hal kebajikan kaum wanita Muslim dan ia tidak boleh dinafikan. Kelancaran proses mahkamah yang mesti diperkemaskan agar wanita Muslim tidak menderita digantung tidak bertali, adalah di antara subjek yang banyak disentuh oleh sukarelawan SIS yang amat komited.
Namun, ada sesuatu yang juga konsisten dalam pemikiran dan ucapan tokoh-tokoh utamanya. Elemen yang saya maksudkan itu ialah Religious Skepticism. Keketaraannya lebih terasa dalam aspek sinis mereka kepada institusi agama yang dilihat tidak bertindak wajar dalam hal kesamarataan, keadilan, kebebasan dan kemuliaan kaum wanita Muslim di negara kita.
Mendesak agar al-Quran ditafsir semula, bukanlah suatu isu baru. Tetapi mendesaknya dengan alasan ahli-ahli Tafsir dahulu semuanya lelaki, lalu hukum yang keluar bersifat male chauvanist, adalah suatu manifestasi kepada Religious Skepticism. Justeru ramai sukarelawan yang terbabit di dalam gerakan-gerakan pembelaan wanita seperti Sisters in Islam, membawa mesej yang boleh digunapakai untuk memperbaiki banyak aspek perlaksanaan Islam, tetapi mencetus banyak kontroversi kerana ia diperjuangkan secara sinis atau skeptik, sedikit sebanyak berpunca daripada pengalaman diri sukarelawan tersebut berkaitan dengan lelaki.
Menyaksikan bapa mendera ibu yang diperhambakan dalam sebuah perkahwinan.
Melihat penindasan yang berlaku ke atas janda yang tergantung hidup oleh suami yang enggan mentalakkannya, tetapi terus menerus mendera emosi dan mungkin fizikal isteri.
Menjadi mangsa kejahatan lelaki.
Atau terus menerus dihentam golongan yang tidak bersetuju, kebetulannya mereka itu adalah ustaz, mufti, ulama, yang semuanya adalah lelaki.
Religious Skepticism adalah reaksi.
Ada sesuatu yang berlaku sebelum pemikiran skeptik itu menguasai.
Sesuatu yang perlu difikirkan.


BENJAMIN STEPHEN
badrulhisyam
Anak muda ini adalah bekas pelajar sebuah sekolah agama terkemuka di negeri Perak.
Bukan sedikit ilmu agamanya.
Tetapi hari ini, anak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Badrul Hisyam, telah murtad dan menjadi pendakyah Kristian.
Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khalayak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten di dalam ceramah beliau. Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak membantu Kristian memahami Bible. Sebaliknya, hampir keseluruhan ceramah beliau berbahasa skeptik dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim. Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek.
Tatkala bertanyakan kepada pelajar-pelajar sekolah beliau yang mengenalinya, anak muda ini yang berpewatakan lembut di sekolah sering diejek, dikutuk atau dalam bahasa rasminya dibuli, di sepanjang pengalamannya di sekolah. Pengalaman seperti ini sangat berpotensi untuk membentuk satu pola pemikiran memberontak yang luar biasa.
Akhirnya Badrul Hisyam dengan sinis dan skeptik beliau terhadap semua yang dialaminya tentang Islam dan Muslim, beliau murtad. Sesuatu yang mungkin tidak disangka oleh senior yang pernah membulinya!
Semasa mendengar ceramah beliau, saya terfikir, adakah Benjamin Stephen ini mengkritik Islam, atau mengkritik Sekolah Menengah Agamanya?

KASSIM AHMAD
mencari-jalan-pulang
Tidak dilupakan, tatkala saya membaca buku mutakhir Kassim Ahmad bertajuk MENCARI JALAN PULANG, saya melihat adanya unsur yang sama di sebalik pemikiran beliau. Sama ada ia berkaitan dengan Parti Sosialis pimpinannya, atau pun pemikiran yang dilabel sebagai anti Hadith.
Kassim Ahmad tidak sama sekali menafikan kenabian Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Tetapi beliau mengkritik sistem ilmu Hadith khususnya berkaitan dengan kredibiliti perawinya.
Di manakah kritikan itu bermula?
Berasal daripada kekecewaan Kassim Ahmad terhadap pemikiran dan sikap orang-orang agama yang ditemui di usia mudanya, ia berkembang kepada mempertikaikan institusi Ulama’ dan seterusnya hingga kepada pada perawi yang kesahihan Hadith banyak bergantung kepada kredibiliti perawi-perawi ini.
Ya.
Religious Skepticism yang ringan-ringan boleh berkembang menjadi satu pola pemikiran yang amat rumit dan membingungkan.
PUNCA PEMIKIRAN SKEPTIK TERHADAP AGAMA
Tidak dinafikan, manusia akan membentuk set of values mereka hasil pengalaman hidup dan pendedahan yang dialami. Kesan daripada pelbagai kejadian yang ditempuh oleh setiap kita dalam kehidupan, banyak mempengaruhi pertimbangan kita dalam menilai apa yang baik dan apa yang buruk.
Oleh kerana itu, Islam datang untuk meluruskan nilai ini agar manusia tidak terhoyong hayang di sepanjang tempat dan zaman dalam menentukan apa yang baik serta apa yang buruk tentang hidup ini semata-mata berbekalkan pengalaman diri. Jalan yang lurus (Sirat Mustaqim), diungkapkan berkali-kali dalam sehari semasa kita bersolat kerana jalan yang lurus itulah penentu kepada kedudukan masing-masing. Sejauh mana kita selari dengannya, atau sudah sejauh manakah kita terpesong dari landasan asal.
Namun, manusia akan mengalami krisis terhadap agama apabila mereka berdepan dengan suasana realiti yang terlalu jauh daripada apa yang dilakarkan oleh idea dan nas. Penghormatan adalah sesuatu yang terhasil daripada kualiti. Tatkala pendukung agama yang mewakili suara agama mengalami kemerosotan kualiti, rasa hormat itu mula terhakis. Tatkala hakisan itu berlaku, agamawan dan institusi agama terus kekal dengan grandiose attitude yang menambahkan rasa meluat serta benci kelompok yang tidak gentar dengan mereka.
Sebagaimana gereja hilang tempat daripada masyarakat akibat grandiose attitude itu, ia juga sedikit demi sedikit menimpa umat Islam. Rasa jelek dan meluat sekelompok masyarakat melihat sesetengah agamawan yang sombong dalam mempertahankan hujah-hujah ‘tidak masuk akal’ mereka, menambahkan kerumitan kepada berleluasanya pemikiran skeptik terhadap agama ini.
Misalnya, temuramah Gala TV di Astro 110 bersama Yasmin Ahmad, mendatangkan contoh yang boleh diberi perhatian.
Ketika filem Gubra dikritik kerana adegan bilal masjid menyentuh anjing, Yasmin Ahmad menegaskan bahawa sesuatu yang amat menghairankan apabila orang-orang agama ini yang kelihatannya berpelajaran tinggi di satu sudut, hakikatnya mereka tidak arif tentang ilmu Biologi (yang sepatutnya dikuasai oleh umat Islam atas galakan agama kita sendiri, kata beliau).
“Anjing itu kalau najis pun, menyentuhnya tidak haram!” kata Yasmin.
“Orang agama tidak faham Biologi. Jika mereka faham Biologi, mereka akan tahu bahawa anjing merembeskan peluhnya melalui lidah dan hidung…” tegas beliau lagi.
Saya tidak dapat mengesan apakah yang cuba dimaksudkan oleh Yasmin dengan kenyataan itu.
Tetapi beliau mungkin terkesan dengan hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas dirinya oleh ustaz-ustaz atau tokoh agama yang ‘tidak faham Biologi’. Sifat menghukum, dan kejahilan terhadap ilmu sokongan seperti Biologi, menjadikan manusia semakin skeptik terhadap agama. Suatu kemalangan.
Namun, andaikata Yasmin Ahmad mengkaji lagi, beliau mungkin akan memperbaiki pandangannya tentang hal ini. Soal anjing merembeskan peluh daripada lidah itulah sebenarnya asas hukuman samak jilatan anjing yang terdapat di dalam Mazhab Syafie. Oleh kerana anjing sentiasa merembeskan peluh dari lidah, maka kebarangkalian najis untuk berada di lidahnya amat kecil. Justeru, jika lidah yang ‘bersih’ itu pun bekas jilatannya perlu disamak, maka lebih utamalah untuk sentuhan bahagian-bahagian lain pada seekor anjing disamak. Malah, anjing yang tidak disebut sebagai najis di dalam al-Quran itu pun, persentuhannya perlu disamak, maka babi yang diisytiharkan najis oleh al-Quran itu, lebih utamalah untuk ia disamak.
Dalam kes ini, Religious Skepticism mungkin terhasil daripada kombinasi agamawan yang tidak faham Biologi dan pengarah filem yang tidak habis mengkaji agama.
Pandangan skeptik terhadap agama banyak didorong oleh kegagalan agamawan mempertahankan hujah agama dalam bentuk yang seiring dengan pemikiran massa yang berubah dari satu ketika ke satu ketika. Hujah yang tidak berhasil menimbulkan keyakinan, atau menolak terus proses hujah menghujah dan menggunakan kuasa untuk menundukkan soalan atau kritikan (budaya membunuh soalan), menyuburkan lagi pemikiran skeptik orang ramai terhadap agama. Gereja sudah berpengalaman dalam krisis ini, mudah-mudahan kita Umat Islam mempelajari sesuatu mengenainya.
Apatah lagi, ada agamawan terbabit dalam salah laku yang bertentangan dengan imej yang sepatutnya dipertahankan. Perbuatan mendera isteri oleh ustaz atau oleh bukan ustaz tetapi atas nama agama, memutarbelikan hujah untuk memenangkan diri (misalnya berkata, Allah melaknat isteri yang menolak kehendak suami, tetapi tiada hadith yang menyebut Allah melaknat suami yang menolak kehendak isteri!), pecah amanah, pengotor pada pakaian dan penampilan diri, menerukkan lagi penyebaran gejala Religious Skepticism ini.
Dalam masa yang sama, pendekatan menghukum dan menghukum terus menerus digunakan semasa kredibiliti agamawan atau institusi agamawan berada di dalam krisis.
Sesungguhnya gejala ini boleh diperbaiki jika pendakwah dan agamawan mampu untuk mengusahakan beberapa perubahan. Sikap menyindir, menghukum, menyerang, tanpa kesimbangan dialog, diskusi dan lain-lain bentuk engagement, tidak banyak membantu.
PENDAKWAH MAMPU MENGUSAHAKAN PERUBAHAN
Jika perubahan itu mesti bermula daripada diri, maka usahakanlah perubahan pada diri kita, selaku pendakwah untuk lebih bertenang dan teliti dalam menghalusi dakyah-dakyah pemikiran skeptik terhadap agama ini. Andai mereka tidak mahu berubah, lancang mengkritik tetapi kurang mahu mengkaji dan mendalami secara adil penganutnya harus dilihat sebagai orang sakit., itu terserah kepada mereka. Religious Skepticism ialah penyakit. Lalu
Bagi pendakwah yang yakin akan kesihatan pemikiran dan kepercayaannya, merekalah yang selayaknya untuk mengusahakan perubahan. Kita ubah cara kita memberikan penyelesaian, cara kita menguruskan cabaran, kerana kita mampu berbuat demikian. Jangan terlalu gelojoh menyerang, menentang, menghukum, ketika kita sendiri bukanlah saingan yang dihormati lawan (jika boleh disebut demikian).
Pendakwah yang hebat mampu mengakui kelemahan dan memperbaikinya. Andai golongan yang skeptik terhadap agama mahu terus ego dalam mempertahankan pandangan mereka, itu urusan mereka. Namun Islam yang dijulang pendakwah, menjadikan kita bersedia untuk mengambil sebahagian tanggungjawab memperbaiki keadaan. Memperbaiki cara kita berdakwah, mempunyai banyak faedah yang boleh meredakan penyakit minda ini.
SISI LAIN PANDANGAN HABIB BOURGUIBA
Berbalik kepada persoalan Habib Bourguiba, harus kita perhatikan sedikit.
Memang al-Quran berkata sebaliknya, Sunnah juga menegaskan sebaliknya. Malah Sejarah juga membuktikan sebaliknya. Namun Habib Bourguiba mungkin tidak memandang itu semua. Apa yang dijadikan asas pandangannya ialah pada apa yang ada di depan mata.
Benarkah umat Islam lebih produktif di bulan Ramadhan?
Tinggalkan Tunisia dan mari lihat keadaan kita di Malaysia.
Pada bulan Ramadhan, kita tidak boleh bermesyuarat dengan baik. Semua orang kebingungan dan lesu tanpa mampu memberikan idea yang bernas. Jika ada projek besar yang mahu dibuat, semua meminta agar ia dibincangkan selepas Raya! Malah jika di bulan-bulan lain kita habis kerja jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan!
Maka, tidakkah itu semua bukti bahawa kita tidak produktif di bulan Ramadhan?
Silapnya pada Habib Bourghuiba ialah kerana beliau menyalahkan puasa sebagai puncanya, dan bukan manusia.
PELIK
Jika anda ternampak sebuah kereta Mercedez ‘mata belalang’ tersadai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, apakah anda akan menyalahkan Mercedez?
“Bodoh betullah syarikat Mercedez ini. Bagaimana mereka boleh buat kereta yang langgar tiang lampu!” kritik seorang yang bermazhab Habib Bourguiba.
Mustahil.
Tiada siapa yang akan menyalahkan Mercedez.
Semua orang akan menyalahkan pemandu Mercedez itu.
“Macam manalah dia memandu. Sudah diberi Mercedez pun, masih terbabas melanggar tiang lampu!” kata-kata yang lebih lurus dengan kebenaran.
Silapnya Habib Bourguiba ialah, dia itu menyalahkan puasa dan Ramadhan sebagai punca rakyatnya tidak produktif. Suatu peringkat Religious Skepticism yang kritikal.
Justeru, jika kita tidak bersetuju dengan polisi Habib Bourguiba, maka buktikanlah dengan perbuatan. Buktikan Ramadhan ini, anda produktif, dinamik, aktif bekerja, dan tidak terjejas untuk buat apa sahaja, termasuk mungkin turun berkempen di Permatang Pasir!
Tetapi, jika kita bermati-matian memaki hamun Habib Bourguiba kerana tidak bersetuju dengannya, tetapi kita tidak bermaya, tidak produktif atau gagal untuk kekal normal di bulan Ramadhan, maka segala ayat al-Quran dan al-Hadith yang digunakan, serta fakta Sejarah yang dibentang, menjadi retorik serta menyuburkan lagi Religious Skepticism!


Anda mampu mengubahnya!
ABU SAIF @ www.saifulislam. com
68000 AMPANG

::RAMADHANKU II::

Alhamdulillah, kita sudah melepasi Fasa Ramadhan yang pertama ( 10 Ramadhan telah berlalu).. Kurasa kehangat Ramadhan tahun ini sedikit sebanyak telah meresap dalam jiwaku.. Ku suka apa yang ku rasa ini dan ku berdoa supaya Allah terus mencetuskan dan melahirkan rasa kecintaanku yang tinggi pada bulan Mulia ini..

Jom kita tahu apa kelebihan dalam fasa-fasa Ramadhan ini::

Di dalam satu hadis menyebut :
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka
Inilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu : 
Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat
Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan
Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka

Oleh itu, Untuk fasa yang seterusnya, marilah kita  mengandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan yang tidak terhingga ini daripada Allah.



:: LICIKNYA MEREKA::

Dalam rasa semangat kesukanan yang membara kita ditipu hidup-hidup dengan agenda Yahudi Laknatullah:: Mereka sungguh licik menyusun strategi untuk memalukan agama kita..

Pelbagai kisah disebalik acara Pembukaan Sukan Olimpik 2012 di London..
Majlis pembukaan rasmi sukan Olimpik 2012 dipengaruhi unsur Majusi versi moden, moscot dajjal mata satu dan unsur illuminati/freemason dikesan digunakan secara meluas.


olimpik 2012 illuminatiLihat sahaja mascotnya, sudah jelas dan nyata. Mascot dajjal bermata satu.


pokok yahudi olimpik 2012
Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu...

Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.

Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin

Sedikit info tentang Sukan Olimpik::
  • Dalam Sukan Olimpik purba, wanita tidak dibenarkan menonton kerana atlet lelaki bertanding dalam keadaan bogel. Hukuman yang akan dikenakan jika wanita ingkar ialah hukman bunuh!
  • Sukan Olimpik kali pertama diadakan pada 776 Sebelum Masihi, dan terdiri daripada satu acara pecut, yang dimenangi oleh seorang tukang masak bernama Corubus.
  • Nama Olimpik berasal daripada Olympia, iaitu bandar tempat berlangsungnya sukan itu buat pertama kali.
  • Sukan Olimpik purba diadakan sebagai tanda penghormatan kepada dewa Yunani, Zeus.
  • Hanya atlet Yunani yang merupakan rakyat bebas dibenarkan bertanding dalam Sukan Olimpik purba.
  • Pankration adalah pertandingan yang menggabungkan perlawanan gusti tanpa mengikut peraturan dan perlawanan tinju yang membenarkan sepakan. Dua acara berasingan dipertandingkan, satu untuk kategori remaja dan satu untuk kategori dewasa.
  • Atlet yang menang dalam Sukan Olimpik purba akan menerima mahkota yang diperbuat daripada daun pokok zaitun, dan mereka juga dibenarkan untuk mendirikan patung sebagai tanda penghormatan kepada diri mereka sendiri di kawasan olympia.
  • Semasa berlatih untuk Sukan Olimpik purba, para atlet biasanya melakukan senaman berpandukan bunyi muzik seruling kerana orang Yunani percaya bahawa ia dapat membantu meningkatkan koordinasi dan pergerakan.
  • Pada 680 Sebelum Masihi, perlumbaan kuda berpedati diperkenalkan dengan penunggangnya berlumba sejauh 14.4 km di dalam stadium yang dinamakan hippodrome.
  • Sukan Olimpik purba telah diadakan selama lebih 1ooo tahun. Pada 400 Tahun Masihi, tempat suci Olympia, yang menganjurkan sukan olympik, telah musnah dan pada tahun berikutnya Maharaja Rom telah memansuhkan Sukan Olimpik.

::KITA PERLU AMBIL TAHU II::

Gambar-gambar pergolakan di SYRIA::
Doakan mereka.











Sedih lihat wajah-wajah cilik ini yang tidak berdosa...


Adakah kita hanya mahu melihat sahaja penderitaan mereka tanpa melakukan apa-apa??





:: KITA PERLU AMBIL TAHU ::



PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.


BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...


FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.


PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.



KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.


PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )

Tuesday 24 July 2012

:: WAKE-UP ::

Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan diri. Tidak kira dari apa pun segi kelebihan dan kelemahan yang ada. Kelebihan diri merupakah satu "advantage" seseorang itu untuk terus gagah berdiri dalam menumpuh kehidupan seharian. Ia juga menjadi satu inspirasi dan semangat untuk melakukan dan men"create "diary perjalanan hidup tersendiri. Tipu la, kalau kita mempunyai pelbagai kelebihan kita terasa 'down'. selalunya kita terasa bangga dan berpuas hati dengan kelebihan yang ada. Kita terasa kehadapan sedikit dari yang lain. Dan kelemahan pula, akan membuatkan seseorang itu menjadi lemah dan tidak semangat untuk bangun. Dikalangan mereka ini akan terasa teragak-agak untuk melangkah dan melakukan sesuatu disebabkan kehadiran kekurang dan kelemahan tersebut. Kelemahan sedemikianlah juga boleh menyebabkan terciptanya pelbagai alasan demi alasan supaya mereka dapat melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya digalas. Walhal mereka silap, mereka  seharusnya bangkit dan  bangun atasi kelemahan-kelemahan  itu. Don't never Give up yea... Setiap insan yang diciptakan oleh Allah s.w.t ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan kekurangan itu boleh diperbaiki dengan izin Allah....

Ayuh Nur Cahaya bangkit dan bangun dari kelemahan -kelemahan kamu!!

:: FAMILY IS EVERYTHING ::

Masa kami bersama.

Percutian bersama keluarga adalah suatu percutian yang tersangatlah indah. Pelbagai kenangan pahit dan manis dapat dikongsikan bersama. Pelbagai cerita juga saling kami luahkan... Gelak tawa bersama adik beradik sentiasa berligar-ligar di kotak fikiran. Itu menandakan hubungan kami yang sangat akrab antara satu sama lain. Kuharap hubungan kasih sayang ini akan kekal hingga ke akhirnya tanpa ada persengetaan dan pertelingkahan. Emm,walaupun kami adik beradik jarang sekali dapat berkumpul bersama-sama tapi setiap kali pertemuan ia akan menjadikan sesuatu memoribilia yang terindah dan akan sentiasa segar terpahat dihati. Ku rindukan setiap ahli keluarga ku. Ku ingin sentiasa meluangkan masa bersama-sama mereka. Keluargaku merupakan sumber kekuatanku untuk terus menghayunkan langkah ini... Abah dan emakku yang sentiasa menjadi orang yang terpenting dalam setiap catatan kehidupanku tanpa mereka siapalah aku? Syukur dan syukran kepada Allah kerana menghadiahkan "parent" seperti mereka.. Walaupun kehidupan kami sekeluarga tidaklah sehebat manapun tetapi kami mempunyai seribu satu cerita yang tersendiri...

Destinasi pilihan kami di suatu ketika..

Lepak di sini sebentar..

Ummph...


Coretan pelbagai cerita tersimpan di sini...



* STRIVE FOR MARDHATILLAH*

::ASMAHUL HUSNA::


99 NAMA ALLAH BESERTA MAKSUDNYA~



Ar-Rahman -Yang Maha Pemurah
Ar-Rahim -Yang Maha Mengasihi
Al-Malik -Yang Maha Menguasai

Al-Quddus -Yang Maha Suci
Al- Sallam -Yang Maha Selamat Sejahtera

Al-Mu’min -Yang Maha Melimpahkan Keamanan
Al-Muhaimin -Yang Maha Pengawal serta Pengawas

Al-Aziz -Yang Maha Berkuasa
Al-Jabbar -Yang Maha Kuat

Al-Mutakabir -Yang Melengkapi Segala Ke Besarannya
Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta

Al-Bari -Yang Maha Menjadikan
Al-Musawwir -Yang Maha Pembentuk

Al-Ghaffar -Yang Maha Pengampun
Al-Qahhar -Yang Maha Perkasa

Al-Wahhab -Yang Maha Penganugerah
Al-Razzaq -Yang Maha Pemberi Rezeki

Al-Fattah -Yang Maha Pembuka
Al-’Alim -Yang Maha Mengetahui

Al-Qabidh -Yang Maha Pengekang
Al-Basit -Yang Maha Melimpah Nikmat

Al-Khafidh -Yang Maha Perendah (Pengurang)
Ar-Rafi’ -Yang Maha Peninggi

Al-Mu’izz -Yang Maha Mengasihi dan menghormati (Memuliakan)
Al-Muzill -Yang Maha Menghina

As-Sami’ -Yang Maha Mendengar
Al-Basir -Yang Maha Melihat

Al-Hakam -Yang Maha Mengadili
Al-’Adl -Yang Maha ‘Adil

Al-Latif -Yang Maha Lembut serta Halus
Al-Khabir -Yang Maha Mengetahui

Al-Halim -Yang Maha Penyabar
Al-’Azim -Yang Maha Agung

Al-Ghafur -Yang Maha Pengampun
Asy-Syakur -Yang Maha Bersyukur

Al-’Aliy -Yang Maha Tinggi serta Mulia
Al-Kabir -Yang Maha Besar

Al-Hafiz -Yang Maha Memelihara
Al-Muqit -Yang Maha Menjaga

Al-Hasib -Yang Maha Penghitung
Al-Jalil -Yang Maha Besar serta Mulia

Al-Karim -Yang Maha Pemurah
Ar-Raqib -Yang Maha Waspada

Al-Mujib -Yang Maha Pengkabul
Al-Wasi’ -Yang Maha Luas

Al-Hakim -Yang Maha Bijaksana
Al-Wadud -Yang Maha Penyayang

Al-Majid -Yang Maha Mulia
Al-Ba’ith -Yang Maha Membangkitkan Semula

Asy-Syahid -Yang Maha Menyaksi
Al-Haqq -Yang Maha Benar

Al-Wakil -Yang Maha Pentadbir
Al-Qawiy -Yang Maha Kuat

Al-Matin -Yang Maha Teguh
Al-Waliy -Yang Maha Melindungi

Al-Hamid -Yang Maha Terpuji
Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung

Al-Mubdi -Yang Maha Pencipta dari Asal
Al-Mu’id -Yang Maha Mengembali serta Memulihkan

Al-Muhyi -Yang Maha Menghidupkan
Al-Mumit -Yang Mematikan

Al-Hayy -Yang Senantiasa Hidup
Al-Qayyum -Yang Hidup serta Berdiri Sendiri

Al-Wajid -Yang Maha Penemu
Al-Majid -Yang Maha Mulia

Al-Wahid -Yang Maha Esa
Al-Ahad -Yang Tunggal

As-Samad -Yang Menjadi Tumpuan
Al-Qadir -Yang Maha Berupaya

Al-Muqtadir -Yang Maha Berkuasa
Al-Muqaddim -Yang Maha Menyegera

Al-Mu’akhkhir -Yang Maha Penangguh
Al-Awwal -Yang Pertama

Al-Akhir -Yang Akhir
Az-Zahir -Yang Zahir

Al-Batin -Yang Batin
Al-Wali -Yang Wali / Yang Memerintah

Al-Muta’ali -Yang Maha Tinggi serta Mulia
Al-Barr -Yang banyak membuat kebajikan

At-Tawwab -Yang Menerima Taubat
Al-Muntaqim -Yang Menghukum (mereka yang bersalah)

Al-’Afuw -Yang Maha Pengampun
Ar-Ra’uf -Yang Maha Pengasih serta Penyayang

Malik-ul-Mulk -Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
Dzul-Jalal-Wal-Ikram -Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Al-Muqsit -Yang Maha Saksama
Al-Jami’ -Yang Maha Pengumpul

Al-Ghaniy -Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap
Al-Mughni -Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan

Al-Mani’ -Yang Maha Pencegah
Al-Darr -Yang Mendatangkan Mudharat

Al-Nafi’ -Yang Memberi Manfaat
Al-Nur -Yang bercahaya

Al-Hadi -Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
Al-Badi’ -Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya

Al-Baqi -Yang Maha Kekal
Al-Warith -Yang Maha Mewarisi

Ar-Rasyid -Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran)
As-Sabur -Yang Maha Penyabar
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Monday 23 July 2012

:: RAMADHANKU ::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, diam tak diam kita dah menjalani ibadah puasa untuk hari yang 4. Terlalu cepat pula masa berlalu..
Rasanya baru berkira-kira hari datangnya Bulan Ramadhan.. Allahu Akhbar..Benarlah orang kata dunia dah hampir ke penghujungnya. Masa berlalu begitu pantas.. 24 jam sehari terasa macam terlalu singkat dan pendek. Dulu selalu mengeluh lambatnya masa berlalu sekarang tak sempat berkata-kata masa semakin meninggalkan kita.

First Ramadhan saya pulang ke kampung menyambutnya bersama family. Walaupun ada adik beradik ku yang lain tidak dapat turut serta tapi aku puas kerna dapat menyambutnya penuh kesyukuran bersama Ibuku yang tercinta. Itu yang paling PENTING bagiku.. Rindukan ibu ku sangat2.. dua hari bersamanya terlalu singkat dan tidak puas. Malam kepulangan ku, Ibuku sambutku dengan Hidayang yang "special" iatu rendang burung puyuh.. so nice..  Taaraaaa....


sangat sedap...

Alhamdulillah, syukur nikmat rezeki yang Allah berikan kepadaku dan keluarga. Esoknya ku demand lagi.. hihihi, bila lagi nak rasa air tangan seorang ibu.. ku minta ibuku buat cendawan goreng, sotong belada, dan gulai tempoyak ikan patin.. makan sampai tak ingat dunia la.. dasyatnya ku.. Tapi solat Terawih ku tak lupa.. hihihi.

Semangat Ramadhan tahun nie juga ku rasa luarbiasa. Mungkin perubahan suasana tempat tinggal, tempat kerja dan pelbagai faktor lain yang membuatkanku lebih bersemangat. Kuharap perasaan semangat ku ini biar berterusan hingga ke akhirnya. Dan ku cuba berusaha menjadi yang terbaik untuk Ramadhan kali ini.. Tetapi semua itu, ku memerlukan bantuan Allah Ya Robb.. Aku inginkan keredhaanNYA.. Ya Allah bantulah aku.. Hanya Engkau yang layak aturkan segalanya. Ku merancang KAU merancang dan ku pasti perancanganMU adalah perancangan yang terhebat...  

Syukran Ya Allah atas segala nikmatMU yang tidak terhingga ini. Allahu Akhbar..Allahu Akhbar.. Allahu Akhbar!

Jom zikir sama-sama.. kita panjatkan kesyukuran kepada ALLAH yang Esa...

  *STRIVE FOR MARDHATILLAH *




Wednesday 18 July 2012

::Langkah Ku::

Assalamualaikum semua,


Alhamdulillah, inilah langkahku.. Sebenarnya, telah "banyak sudah" ku create blog-blog ini tetapi semuanya suram dan kusam tanpa diupdate. Dan akhirnya lenyap tanpa khabar.. (Forget password)..
Ku harap blog ini merupakan blog yang terakhir ku create.. Untuk pengisian dan peringatan kita bersama.


Pelbagai kisah dan teladan yang ingin ku kongsikan bersama sahabat2 dan teman2 supaya ku tempuh hidup di bumi Allah ini dengan Langkah yang lebih berani dan matang.. Ku hanya insan yang lemah lagi kerdil yang  inginkan pengisian dan pengkongsian supaya tidak lalai dan leka dengan dunia sementara ini.. Ku ingin mencari dan mengejar CINTA hakiki serta keredhaan Allah s.w.t.. Bantu dan tegurlah aku wahai sahabat~ Doa ku semoga ku terus istiqomah di jalan Perjuangan ini.


Allah matlamat Ku.. Ya Allah ku ingin menemuiMU dan mencari KeredhaanMU.. Bantulah Aku Ya Allah...
Hayunan Langkahku berinspirasikan "this song"
 
INI LANGKAHKU:
Aaa... Ini langkahku
Aaa... Terus melaju
Aaa... Ini langkahku
Aaa... Bangkitkan jihad

Ini Langkahku yang kan kuayun
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku

Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan

Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman
                                                                                                                            by Shoutul Harokah:


* STRIVE FOR MARDHATILLAH*