Sunday 2 September 2012

::GANGNAM STYLE::

Gila Gangnam Style yang melanda anak-anak muda sekarang ini cukup menggemparkan dunia, dengan 84 Juta menonton video ini di Youtube setakat ini sememangnya telah menenggelamkan muzik K-Pop yang telah dahulu menggilakan dunia. Lagu yang dinyanyikan oleh Psy atau Park Jae-sang dengan tarian kuda ini sememangnya cukup berbaloi.

Di Malaysia, kita juga dikejutkan dengan Klip Video keluarga Rohiman Haroon yang menarik perhatian 1.2 juta pengunjung di laman yang sama setakat minggu lepas.


Gangnam Style adalah sindiran kepada mereka yang menunjuk-nunjuk dalam kehidupan. Gangnam Style adalah merujuk kepada daerah elit Gangnam di Korea Selatan yang dihuni oleh golongan kaya.Penduduk Gangnam sendiri merendah diri dan enggan mengaku mereka tinggal di daerah elit itu.

"Namun ramai yang sanggup berbelanja besar untuk bergaya supaya mereka dipandang memiliki gaya Gangnam, walaupun mereka sebenarnya berpura-pura". Ujar Psy.

Gangnam Style juga menarik perhatian Ustaz Azhar Idrus dalam komentarnya dalam Facebook baru-baru ini tentang persoalan berkaitan yang ditanya oleh Azim AJ. 


Kepada sesiapa yang minat giler Gangnam Style tu, rasanya baik buat pertimbangan dengan nasihat Ustaz Azhar kat atas tu.

Sumber : Harian Metro (Selasa 28 Ogos 2012) dan Kosmo Ahad (2 September 2012)