Tuesday 20 November 2012

:: RINDUKAN EMAKKU ::

Assalamualaikum,

Hari ini, tiba-tiba ku rindukan emak yang teramat sangat.. Gara-gara ku terbaca status facebook sahabatku yang setiap kali ada waktu free dia pasti call emaknya untuk dengar suara. Walaupun ku selalu dengar suara emakku melalui telefon tetapi tidak sama dengan ku berjumpa dan menatap wajah emakku. Ya Allah, apakah maksud kerinduan ku yang teramat sangat ini.?Ku bukan beralasan untuk tidak pulang jumpa emak tetapi buat masa ini kekangan kerja dan belajar ku menghalang untuk ku pulang. Weekday ku di tempat kerja, weekend pula ku ada kelas belajar. Bilakah waktu yang sesuai untuk ku pulang. Ya Allah, permudahkan segala urusan seharianku.. Kaulah Maha Penolong hambamu..

Ku tahu ku bukanlah anak yang terbaik di kalangan adik-beradik yang lain tapi ku cuba untuk jadi yang terbaik untuk emakku..ku banyak melakukan kesalahan sepanjang usia hidupku. Ku harap segala kesalahan dan kekasaran ku selama ini dapat di ampunkan.
Emak seorang yang tegas dan garang. Dengan ketegasan dan kegarangan beliaulah menyebabkan ku menjadi insan yang berjaya seperti sekarang. Syukran duhai emak, jasamu melahirkanku pun tak terbalas, ini di tambah dengan kasih sayang dan pengorbananmu membesarkanku..

Dulu masa kecil-kecil ku banyak menyusahkan dan merungsingkan emak. Ku akui masa kecil, ku adalah di antara anak yang paling nakal dan degil sekali. Selalu bertengkar dan bercakap dengan kasar dekat emak.. Ya Allah, ampunkan dosaku kepada emak. Emak pernah menagis kerana ku... ;(
Allahu Akhbar terasa kesal atas keterlanjuranku dulu. Mulai sekarang ku berjanji pada diriku tidak mahu lagi membuat emak menagis kerana kenakal dan kedegilanku. Biarlah emak menagis kerana rasa bangga dengan kejayaan demi kejayaan ku.. Terima kasih Mak.. You are my Love...


Mak, ateh akan membuat emak bangga dengan ateh.. Ateh sayang mak dunia akhirat. Segala apa yang Ateh lakukan sekarang adalah untuk kebahagian mak & abah di sana..Restuilah segala apa yang ateh lakukan sekarang. Semuanya kerana Agama Allah.


*STRIVE FOR MARDHATILLAH*

:: SEDIHNYA::

Kita sibuk dengan derita kekejaman Yahudi terhadap rakyat Gaza, tetapi rakyat Malaysia hari ini kurang rase "sense of Humanity" terhadap hal ini. Ramai yang tahu McD merupakah salah satu organisasi yang menyumbang dana terhadap Zionis dan Yahudi dalam membantu serangan terhadap rakyat Palestine dan Gaza tetapi masih menyokong perniagaan ini.. Ini amat-amat menyedihkan. Tidakkah mereka rasa penderitaan rakyat Palestini ini? Di mana sifat kemanusian mereka? Allahu Akhbar...

HENTIKANLAH KUNJUNGI DAN MEMBELI MAKANAN INI!



*STRIVE FOR MARDHATILLAH*

:: IMPIAN & CITA-CITA ::

Inilah Langkahku...

Alhamdulilah, ku dipertemukan dijalan dakwah ini. Dengan niat dan tekad dihati akan kuteruskan perjalanan ini sehingga ketitisan keringatku yang terakhir. Syahid dan Jihad dijalan Allah adalah matlamat dan cita-cita yang teragung. Ku juga inginkannya. Moga Allah merestui perjalanan ku.

Semoga Allah ikatkan hatiku dan sahabat-sahabat supaya terus istiqomah sampai nafas kami yang terakhir.

*STRIVE FOR MARDHATILLAH*

:: APA USAHA KITA UNTUK MEREKA ::

Betapa kejamnya yahudi ini, mereka tidak henti-henti melancarkan serangan ke atas bumi Gaza, bumi Palestine. Sampai bilakah rakyat Palestine ini harus menanggung penderitaan dan kesengsaraan  ke atas kekejaman yang melampau ini. Walhal Palestine adalah tanah air mereka sendiri.
Lihatlah kekejaman yang di lakukan oleh Zionis dan Yahudi laknatullah ini.. Moga Allah menurunkan azab yang paling dasyat terhadap puak-puak ini. TAKBIR!!








Paling menyedihkan kebanyakan mangsa kekejaman mereka adalah kanak-kanak kecil yang tidak berdosa.



Allah sudah menanti kanak-kanak yang suci ini di Syurga..
Bergembiralah sayang di syurga sana..


*STRIVE FOR MARDHATILLAH*

:: DOA QUNUT NAZILAH::

Assalamualaikum,

Allahu Akhbar, 
Allahu Akhbar, 
Allahu Akhbar..

Bumi GAZA bergolak lagi.. Mereka di serang bertalu-talu dan tanpa belas kasian oleh Yahudi laknatullah..
Ayuh kita sama-sama membantu mereka, kalau tidak mampu dengan tenaga 4 kerat untuk mengangkat senjata berperang di sana,kita bantulah mereka dengan SENJATA yang kita ada iaitu DOA..
Jom kita sama-sama bacakan doa Qunut Nazilah ini untu menghancurkan yahudi-yahudi laknat itu.
Semoga usaha yang kecil ini dapat didengar oleh Allah S.W.T.




*STRIVE FOR MARDHATILLAH*

:: BAITUL MUSLIM ::


Biar gambar sahaja yang berbicara. 
 Gambar telah menafsirkan kehendak dan keinginan hati ku..


*STRIVE FOR MARDHATILLAH*

Monday 19 November 2012

:: BERMULA DI SINI ::


Hampir 6 tahun kutinggalkan alam persekolahan.. Alam yang tidak akan ku kembali lagi.. Segala suka duka cerita kukuh terpahat sahaja di kotak memori. Selepas tamat SPM. Kaki ku melangkah ke alam mahasiswa pula. Bermulanya diary kehidupan yang baru di sini......

Inilah kolej yang ku masuki setelah tamat SPM:::


Kolej Shahputra yang terletak di Kuantan,Pahang.
Di kolej ini ku mengambil jurusan Sijil Pengurusan Perniagaan under  (UPM). Tempoh pengajianku di sini hanya selama satu tahun sahaja. 2 Semester je. Sangat sekejap tapi banyak ilmu serta kenangan dan pengalaman yang ku dapat. Ia juga sedikit sebanyak mendewasakanku. Time daftar kolej ini dulu, ku terlewat daftar, student lain dah mula belajar ku baru nak masuk tapi Alhamdulillah lah, dapat kejar balik semuanya..

Lihat nie:::



Library, di mana aku membuat assignment dan mencari bahan rujukan.. 
tapi kadang-kadang suka juga buat bising kat sini.. nakal sgt.. 
masuk library untuk lepak2 main internet.. hehehe
(don't ever do it) Study molek2..


This my hostel@tempat penginapanku..

Hahaha, i'am naughty student!!! Pernah "fly" asrama nie.. Emm, suka enjoy-enjoy, lepak-lepak dengan kawan-kawan. Tempat-tempat yang selalu lepak kat TC, KP(kuantan Parade), pesisiran pantai kat kuantan tue semua kami p jelajah...Tapi paling banyak2 aktiviti kami. aktiviti kat bawah jambatan Kuatan (menghala ke pekan) paling tak boleh dilupakan. Kami ikut pak cik driver p mancing bawh jambatan pada pukul 00.00 malam.. huhuhu ramai-ramai g.. mancing-mancing dapt belut.. geli betul so lepaskan belut tue semula. Balik asrama pun dah lewat pagi.. Esoknya g kelas bawak sekali hasil tangkapan untuk dimasak kat cafeteria.. Pak cik cafe pun sekepala dengan kami. so masak la sama-sama.. hihihi..


"never forget that moment"




Inilah dewan peperiksaan ku masa Akhir semester :: Ambik besar gedabak...
Pic nie student nursing.. hihii
Emm, result final exam pun not bad la.. hihihi.. Study hard gile2 final exam.. Alhamdulillah dapaat 3.8 something.. hikhikhik.. (bangga kejap)..
Top 5 dalam bacth ku..

Tetapi sedih, semasa hari konvokesyen, ku tidak dapat menghadir diri naik pentas menerima Sijilku, because sedang bercuti di Labuan, Sabah.(hihi).. Tiket flight ke semenanjung dah beli date after konvo.. so no moment for convo..

Apapun, terima kasih kepada semua lecture kolej Shahputra yang telah mengajar dan memberi ilmu kepadaku.. Jasa kalian akan di balas oleh Allah di Sana.


:: STRIVE FOR MARDHATILLAH ::


:: KESIBUKAN ::

Assalamualaikum,

Sejak kebelakangan ini, schedule hidup seperti tidak terurus.. Terasa lelah teramat sangat tetapi atas nama satu perjuangan ku gagahkah jua diriku menghayunkan LANGKAH..
Allahu Akhbar, kuatkan semangatku demi menempuh segala liku-liku hidup yang berada di hadapanku..




::Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku::

::STRIVE FOR MARDHATILLAH::