Tuesday 20 November 2012

:: RINDUKAN EMAKKU ::

Assalamualaikum,

Hari ini, tiba-tiba ku rindukan emak yang teramat sangat.. Gara-gara ku terbaca status facebook sahabatku yang setiap kali ada waktu free dia pasti call emaknya untuk dengar suara. Walaupun ku selalu dengar suara emakku melalui telefon tetapi tidak sama dengan ku berjumpa dan menatap wajah emakku. Ya Allah, apakah maksud kerinduan ku yang teramat sangat ini.?Ku bukan beralasan untuk tidak pulang jumpa emak tetapi buat masa ini kekangan kerja dan belajar ku menghalang untuk ku pulang. Weekday ku di tempat kerja, weekend pula ku ada kelas belajar. Bilakah waktu yang sesuai untuk ku pulang. Ya Allah, permudahkan segala urusan seharianku.. Kaulah Maha Penolong hambamu..

Ku tahu ku bukanlah anak yang terbaik di kalangan adik-beradik yang lain tapi ku cuba untuk jadi yang terbaik untuk emakku..ku banyak melakukan kesalahan sepanjang usia hidupku. Ku harap segala kesalahan dan kekasaran ku selama ini dapat di ampunkan.
Emak seorang yang tegas dan garang. Dengan ketegasan dan kegarangan beliaulah menyebabkan ku menjadi insan yang berjaya seperti sekarang. Syukran duhai emak, jasamu melahirkanku pun tak terbalas, ini di tambah dengan kasih sayang dan pengorbananmu membesarkanku..

Dulu masa kecil-kecil ku banyak menyusahkan dan merungsingkan emak. Ku akui masa kecil, ku adalah di antara anak yang paling nakal dan degil sekali. Selalu bertengkar dan bercakap dengan kasar dekat emak.. Ya Allah, ampunkan dosaku kepada emak. Emak pernah menagis kerana ku... ;(
Allahu Akhbar terasa kesal atas keterlanjuranku dulu. Mulai sekarang ku berjanji pada diriku tidak mahu lagi membuat emak menagis kerana kenakal dan kedegilanku. Biarlah emak menagis kerana rasa bangga dengan kejayaan demi kejayaan ku.. Terima kasih Mak.. You are my Love...


Mak, ateh akan membuat emak bangga dengan ateh.. Ateh sayang mak dunia akhirat. Segala apa yang Ateh lakukan sekarang adalah untuk kebahagian mak & abah di sana..Restuilah segala apa yang ateh lakukan sekarang. Semuanya kerana Agama Allah.


*STRIVE FOR MARDHATILLAH*

No comments:

Post a Comment